ARTIKEL

Karnival Kerjaya Belia di Kampung Skio tawar 600 pekerjaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

REBUT PELUANG…Willie mengajak belia di kawasan Parlimen Puncak Borneo untuk hadir temu duga Karnival Kerjaya Belia di Dewan Gunasama Kampung Skio, Bau.

BAU: Individu yang masih mencari pekerjaan khususnya belia dari Parlimen Puncak Borneo digesa untuk merebut peluang pada Karnival Kerjaya Belia yang diadakan di Dewan Gunasama Kampung Skio, di sini bermula hari ini sehingga esok.

Karnival tersebut akan menawarkan sebanyak 600 kekosongan kerja dalam pelbagai industri ditawarkan kepada belia-belia yang layak.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin berkata, program sebegini merupakan inisiatif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk menyediakan perkhidmatan pekerjaan lebih baik kepada orang ramai.

Di samping itu katanya, kerajaan juga memahami kekangan yang dihadapi orang ramai dari segi pekerjaan disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Malah beliau berkata, ia juga diadakan di kawasan luar bandar bagi memudahkan orang ramai yang mempunyai masalah pengangkutan hadir temu duga.

“Kita menukar konsep kerana dahulu kita mengadakan di Siburan dan Siniawan dan kita mendapat maklum balas tiada pengangkutan untuk ke bandar.

“Dan mereka ini tiada pekerjaan dan kewangan untuk ke bandar menghadiri temu duga. Melihat kepada maklum balas ini, kita turun padang ke pelosok kampung supaya ia lebih memudahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Karnival Kerjaya Belia anjuran Perkeso dan Pusat Khidmat Parlimen Puncak Borneo di Dewan Gunasama Kampung Skio, di sini hari ini.

Willie yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo berkata, melalui pendekatan tersebut, program yang serupa juga akan diadakan di kawasan luar bandar seperti di Dun Mambong dan Tarat.

Tambahnya, beliau juga meminta Perkeso untuk turut menganjurkan karnival kerjaya di seluruh Sarawak.

Justeru, beliau berharap lebih ramai pencari kerja hadir ke karnival ini dan tidak melepaskan peluang menyertai temuduga yang dijalankan selama dua hari tersebut.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU