ARTIKEL

Karya bermutu, suara asli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

1 . Apakah perasaan anda apabila menerima anugerah ini?

Perasaan saya tidak penting. Yang utama, anugerah ini menjadi galakan kepada karyawan Sarawak untuk terus berkarya dan menyumbang kepada khazanah kesusasteraan Malaysia, Asia Tenggara dan dunia. Tanpa anugerah sekali pun, saya tetap akan menulis kerana kesusasteraan wujud sebelum manusia mencipta pengiktirafan.

2. Siapakah yang paling mempengaruhi perjalanan penulisan anda?

Karyawan yang matang dari segi teknik dan mentaliti, sama ada tempatan atau luar negara. Pengaruh ialah hal yang normal dalam seni, namun akhirnya setiap pengarang perlu menemukan suara dan karakter asli mereka.

3. Adakah anda sudah menghasilkan novel?

Belum. Saya lebih banyak menulis dalam bentuk lain setakat ini.

4. Mengapa anda lebih cenderung kepada pendekatan realisme dalam penulisan?

Realisme bukan mudah dihasilkan seperti yang disangka. Yang penting ialah naratif yang menggugah pemikiran. Bukan semua pengarang menguasai seni bercerita. Realisme magis, surealisme dan sebagainya hanyalah aksesori. Yang utama ialah suara asli penulis.

5. Apakah pendapat anda mengenai penulis yang meniru gaya pengarang hebat?

Ramai yang meniru kerana ingin dilihat hebat, tetapi biasanya gagal. Keaslian suara lebih penting untuk membezakan seseorang dalam dunia kesusasteraan.

6. Apakah cabaran paling besar dalam proses penulisan bagi anda?

Tiada cabaran khusus. Jika terganggu, saya akan menonton filem, bersiar-siar, menghadiri diskusi seni atau melakukan riadah.

7. Dari mana datangnya idea dan inspirasi anda?

Kebanyakannya daripada insiden kehidupan sekeliling. Apabila muncul idea menarik, saya akan terus mencatatnya dalam telefon pintar untuk dikembangkan kemudian.

8. Apakah nasihat anda kepada penulis baharu tentang hubungan dengan editor?

Jangan mendesak editor untuk menerbitkan setiap karya yang dihantar; itu tidak profesional. Penulis mesti bersabar dan sentiasa memperbaiki mutu karya.

9. Bagaimana anda melihat perkembangan pengarang di Sarawak?

Sarawak memiliki ramai pengarang prolifik, dari generasi lama hingga baharu. Mereka mempunyai peluang luas untuk berkarya di peringkat negeri dan nasional.

10. Apakah kelebihan generasi baharu penulis di Sarawak?

Ramai datang daripada latar belakang profesional, yang memberi nilai tambah kepada karya mereka. Namun, mereka harus menghasilkan tema dan subjek baharu, bukan mengulang apa yang sudah dibuat oleh pengarang terdahulu.

11. Apakah yang paling anda tunggu-tunggu daripada generasi muda penulis?

Pembaharuan tema, subjek dan keberanian mencuba suara asli  dalam penulisan.

12. Apakah sikap yang perlu dielakkan oleh penulis?

Jangan cepat berasa hebat apabila karya diterbitkan. Kesusasteraan ialah ruang untuk belajar dan memperhalus pemikiran, bukan medan berlumba.

13. Apakah rutin penulisan anda setiap hari?

Saya tiada rutin tetap. Saya menulis bila-bila masa, di manamana sahaja — di kafe atau di stesen monorel.

14. Adakah anda menulis menggunakan komputer riba atau cara lain?

Selalunya, saya menulis di skrin telefon pintar, kemudian memindahkan dan menyuntingnya di komputer riba.

15. Adakah anda percaya penulisan perlu disiapkan dalam satu hari?

Tidak. Sesebuah tulisan tidak perlu disiapkan pada hari ia dimulakan.

16. Apakah harapan anda terhadap perkembangan sastera serantau?

Saya berharap karya-karya dari rantau ini diterjemahkan dan dikongsikan kepada pembaca serantau melalui satu majalah berkala dalam bahasa Melayu, atau sekurang-kurangnya secara dwibahasa. Kita perlu serius memartabatkan kesusasteraan.

17. Adakah anda aktif dalam komuniti penulis?

Tidak. Saya lebih selesa bergerak secara bersendirian.

18. Nasihat untuk penulis muda?

Terus menulis dan terus belajar. Jika belum mampu menulis tema besar, mulakan dengan tema sederhana. Kesusasteraan memerlukan kematangan mental dan kehalusan pemerhatian.

19. Apakah pandangan anda tentang menulis demi hadiah atau anugerah?

Itu urusan masing-masing. Bagi saya, yang penting ialah kematangan dan integriti dalam berkarya, bukan mengejar pengiktirafan.

20. Apakah projek penulisan anda yang seterusnya?

Saya sedang mengumpulkan bahan untuk kumpulan sajak dan kumpulan cerpen baharu. Saya juga menulis esei, ulasan buku dan kritikan sastera dari semasa ke semasa.

BERITA LAIN

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Satu panggilan, simpanan lesap

BAYANGKAN satu panggilan telefon yang kedengaran begitu meyakinkan apabila suara di hujung talian memperkenalkan diri sebagai pegawai bank, polis atau agensi kerajaan. Nada percakapannya tegas,

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,