ARTIKEL

Foto oleh: RAMIDI SUBARI

Karya seni pelajar autistik Sarawak berkembang, mampu jana pendapatan sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus membantu pelajar autisme yang mempunyai kepakaran dalam bidang seni dan kraf tangan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, hasil tangan pelajar autisme, khususnya dalam seni rekaan kraf tangan amat menarik selain mendapat perhatian di pasaran domestik.

Foto oleh: RAMIDI SUBARI

“Kali ini saya melihat banyak karya seni yang luar biasa sejak kali terakhir saya mengunjungi Persatuan Autistik Kuching (KAA).

“Beberapa karya seni mereka juga terkenal, malah kementerian saya sendiri menggunakan beberapa barangan hasil tangan mereka seperti beg sebagai cenderahati untuk mana-mana tetamu yang berkunjung ke kementerian.

“Ini sebagai salah satu usaha kita untuk mempromosikan KAA dan hasil seni kanak-kanak autistik kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pameran Seni Autisme 2025 di sebuah pusat beli-belah di Kuching, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Fatimah menegaskan usaha memperkasakan hasil seni pelajar autistik perlu mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa dan masyarakat.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU