SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Kasih Ramadan TBS santuni Asnaf dan Fakir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) meneruskan inisiatif menyantuni golongan memerlukan seperti asnaf dan fakir menerusi Program Kasih Ramadan.

Dalam program tersebut, seramai 30 penerima layak di sekitar kawasan Kuching menerima agihan berjumlah RM50,220 bawah program mengukuhkan tradisi keilmuan dan program Memantapkan Kebajikan Ummah.

Majlis Perasmian Kasih Ramadan di Ummah Distribution Centre (UDC), Medan Hamidah, Jalan Bako, Petra Jaya, Kuching itu disempunakan oleh Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie. 

Menurutnya, program ini bertujuan memperhebat santunan kepada asnaf pada Ramadan bagi membantu masyarakat memerlukan.

“Program ini menyediakan bantuan makanan dan kewangan disalurkan kepada mereka yang layak berdasarkan senarai fakir. 

“Sumbangan ini bertujuan membantu golongan sasar meneruskan kelangsungan hidup khususnya dari segi sara hidup, bantuan pendidikan, kesihatan dan sebagainya,” katanya ketika sidang media Majlis Kasih Ramadan dan penyerahan bantuan TBS di UDC, baru-baru ini. 

Ia sekali gus menjadi bukti bahawa TBS menyalurkan semula kutipan zakat daripada orang ramai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. 

Baca lain  Pameran kucing antarabangsa 2023 himpun pencinta kucing

Di samping itu, sumbangan ini merupakan usaha berterusan sejumlah RM84.7 juta agihan dengan tujuan sama mengikut kehendak syariah pada tahun lepas. 

PASTIKAN PENERIMA LAYAK

Beliau yakin, golongan dipilih ialah golongan layak berdasarkan siasatan teliti yang dilakukan dengan jumlah terkini 4,486 individu fakir di Sarawak.

Difahamkan, setakat 28 Februari 2023, sebanyak RM13.02 juta hasil agihan zakat diagihkan.

“Harapan saya agar mereka yang sudah cukup syarat membayar zakat untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. 

“Kepada mereka yang sudah dibantu juga diharapkan turut berusaha supaya dapat melepaskan diri daripada kitaran kemiskinan,” katanya kepada Suara Sarawak. 

Pada masa yang sama, beliau mengalu-alukan masyarakat menjayakan program dan memberi sokongan dengan menyumbang dalam bentuk kewangan serta bersama-sama menyantuni asnaf dari rumah ke rumah pada masa akan datang. 

Program Kasih Ramadan dilaksanakan di seluruh Sarawak yang disalurkan kepada asnaf melalui empat program utama iaitu program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Membangunkan Institusi Islam, Memantapkan Kebajikan Ummah dan Peningkatan Kemahiran Ummah.

Pengagihan bantuan tersebut dimulakan di UDC kemudian disusuli tiga keluarga penerima di Kampung Siol Kandis. 

Baca lain  Urus peti sejuk

RINGANKAN BEBAN

Penerima bantuan, Jowani Hamdan bersyukur kerana dengan bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantunya dari segi kos menjalankan rawatan kimoterapi. 

“Saya kini tinggal bersama-sama anak berumur 35 tahun yang juga mempunyai penyakit mental dan masih bergantung dengan ubat-ubatan. 

“Saya hanya bergantung dengan bantuan ini selepas ketiadaan suami. Insya-Allah dengan adanya sumbangan yang dilaksanakan secara berterusan ini diharap dapat membantu lebih ramai lagi golongan memerlukan seperti kami,” ujarnya. 

Sementara itu, Zainul Zaidan penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerima bantuan berbentuk bantuan pendidikan. 

“Sebelum ini saya juga merupakan pelajar diploma di IPTA tersebut.

“Saya mendapat tahu tentang bantuan ini di laman sesawang rasmi Baitulmal dan hebahan secara dalam talian,” jelasnya. 

Ujar Zainul, bantuan tersebut membantunya membayar yuran pendidikan dan membeli kelengkapan sambung belajar serta sedikit sebanyak dapat menampung kos sara hidup di universiti. 

Justeru, katanya bantuan ia wajar diteruskan untuk membantu golongan pelajar tidak berkemampuan khususnya kepada pelajar yang memiliki keputusan baik dan cemerlang. 

Baca lain  Rai jasa guru

Sementara itu pada program yang sama, TBS turut menerima zakat berjumlah RM309,855 daripada Telekom Malaysia Berhad.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Remaja bijak siber

MESKIPUN belajar dalam suasana terkawal di pusat tahfiz, pelajar tetap

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru