ARTIKEL

Kasihnya Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

RAMADAN tiba Ramadan lagi.

Bulan penuh nostalgia dan kenangan. Bulan yang penuh dengan kasih sayang.

Juga bulan yang menjanjikan seribu rahmat kepada peniaga, yang menyajikan juadah sungkai kepada orang yang berpuasa.

Daripada Zaid Khalid Al-Junai RA bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”

Selain mendapat ganjaran wang ringgit menjual juadah berbuka puasa, berniaga kerana Allah SWT juga akan menjanjikan ganjaran pahala.

Bertuahnya peniaga. Satu keuntungan di dunia, satu lagi keuntungan di akhirat.

Pada bulan inilah sepanjang 28 hari dari hari pertama hingga hari ke-28 puasa, saya pernah bertungkus lumus membantu ibu menambah wang belanja rumah dengan berniaga kuih-muih tradisional.

Kami tidak berniaga di bazar Ramadan, ataupun membuka gerai jualan di depan rumah.

Sebab, orang ramai lebih suka pergi ke bazar Ramadan.

Jadi, pada awal Ramadan gerai depan rumah kurang dikunjungi, lebih-lebih lagi ketika orang sudah dapat gaji.

Saya mula mengambil alih tugas ini sebaik tamat tingkatan enam, dan kebetulan ketika itu ada motosikal Yamaha SS2 yang dibeli dengan berhutang di sebuah kedai motosikal di pasar Kuching.

Motosikal yang agak laju dan nampak sporty ditunggang sambil membawa bakul-bakul kuih untuk dihantar kepada penjual kuih.

Malu?

Tidaklah! Apa nak malu kalau nak bantu ibu tambah belanja rumah.

Nak harapkan wang gaji bulanan penulis, jauh panggang dari api.

Baca lain  NREB ambil alih pengurusan sisa berjadual tahun depan

“Jauh Pak Wi,” kata orang Sarawak. Sekitar tahun 1997, gaji ada tetapi cukup-cukup makan.

Seorang rakan ada bercakap-cakap dengan generasi Z: “Dulu gaji kecil.

Bukan macam sekarang. Itulah untuk diri sendiri, ibu bapa.”

Itu juga duit untuk keluarga bagi yang sudah berkahwin.

Harga barang murah, tetapi wang ringgit tidak banyak.

“Gaji pun cukup-cukup makan. Jadi, perlu tambah kerja lain,” terang rakan tadi.

Kuih takir Setiap hari, tepat jam 12.00 tengah hari, saya mesti sudah mematikan enjin motosikal di depan rumah.

Kemudian terus ke bahagian dapur membantu ibu memasak kuih-muih juadah berbuka puasa.

Tugas awal penulis adalah membuat kerobong (sarung) kuih takir — kuih perahu kata kanak-kanak yang tidak tahu nama sebenarnya.

Dari jam 12.00 hingga 1.30 tengah hari, paling kurang 50 hingga 60 sarung kuih takir mesti siap dianyam, sebagai tambahan sarung kuih takir yang telah dianyam selepas sahur.

Itu belum lagi sarung kuih selorot.

Kuih ini antara kuih popular dan paling banyak ditempah pelanggan.

Rasanya sangat-sangat sesuai dengan tekak ketika berbuka puasa.

Mereka yang pernah berbuka puasa dengan kuih takir sahaja yang faham.

Belum selesai lagi, saya perlu pula mengukus kuih ini menggunakan dapur kayu dan dapur minyak gas.

Bukan dapur gas. Bahang panas benar-benar menduga iman, ketika tekak kering berpuasa.

Pada masa yang sama, telinga perlu peka dengan bunyi deringan telefon rumah.

Sesegera mungkin perlu mengangkat gagang telefon sebab akan ada tambahan tempahan daripada rakan-rakan di pejabat.

Baca lain  Pematuhan piawaian tinggi, tahap kebersihan bazar Ramadan Sarikei memuaskan

Ada juga tempahan daripada rakan dari pejabat lain.

Seboleh mungkin tepat jam 2.30 petang, mesti bermotosikal bergerak dari rumah untuk ke pejabat, sambil membawa satu bakul dan satu kotak penuh berisi kuih yang sudah dibungkus mengikut tempahan.

Sebelum itu, perlu pula hantar kuih-muih ke Kedai Mis di kampung.

Penat memang penat.

Kerja perlu dibahagi dua — kerja hakiki serta membantu ibu.

Tetapi puas setelah melihat senyuman manis ibu apabila wang jualan diserahkan kepadanya.

Paling kurang RM100 hasil jualan hasil tempahan rakan-rakan.

Ditambah lagi dalam RM50 duit jualan di Kedai Mis, yang perlu diambil selepas solat tarawih.

Sebelum pulang ke rumah, perlu beli tepung, pewarna, daun nipah, gula pasir, gula apong dan macammacam untuk masak kuih keesokan hari pula.

Tanpa gagal, itu kerja yang perlu dilakukan sepanjang 28 hari sepanjang Ramadan.

Ada satu tahun, saya membantu adik ipar menjual ikan terubuk panggang.

Lokasi kalau tidak salah saya, tidak jauh dari bangunan Baitul Makmur, juga dikenali sebagai Masja.

Tempat yang pernah menjadi litar lumba motosikal haram ketika itu.

Saya hanya bantu pada hujung minggu — ketika cuti rehat. Satu kerja yang juga sangat-sangat memenatkan.

Tugas bermula seawal jam 11.00 pagi bermula dengan membuang perut ikan, membersih ikan hingga ke peringkat memanggang ikan — memang memenatkan.

Panas bara api satu hal, kerja sambil berdiri dalam tempoh lama juga memang mencabar iman.

Demi RM20 untuk sepetang sebelum sungkai, kesengsaraan itu terpaksa juga ditahan.

Baca lain  Para SUKMA XXI 2024: Kem badminton ada tiga pemain baharu

Tiada orang nak beri RM20 percuma. Setidak-tidak pun, ada juga sedikit wang dapat dikumpul untuk belanja raya kelak — beli air menet, biskut, kacang ataupun cat untuk menggantikan cat rumah yang sudah pudar.

Bulan rahmat Benar kata orang, Ramadan bulan seribu rahmat. Bukan setakat untuk menambah sebanyak mungkin pahala melalui amalan puasa, tarawih, tadarus dan melakukan segala-gala perkara baik, Ramadan juga bulan menambah pendapatan.

Apa-apa sahaja juadah yang dijual, pasti laris.

Terserah kepada kita bagaimana hendak menarik hati pelanggan membeli juadah yang kita jual.

Sebab, juadah yang dijual biasanya hampir sama.

Bezanya pada rasa.

Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah dalam perniagaan.

Sepanjang Ramadan, peniaga merasai perkara ini.

Ada yang memperoleh ribuan ringgit tidak sampai sebulan berniaga di bazar Ramadan, juga berniaga menjahit baju raya.

Kata rakan yang isterinya menjahit baju raya;

“Alhamdulillah dapat juga dalam RM13,000 sepanjang Ramadan.

Itu pun banyak permintaan pelanggan ditolak, sebab tidak mahu baju tidak siap pada malam raya”.

Walaupun demikian, jaga kualiti jahitan, juga makanan, minuman yang dijual.

Jangan jual makanan basi, atau makanan yang tidak habis dijual semalam.

Itu menipu namanya! Bukan pahala yang didapat, sebaliknya dosa.

Jika diketahui pihak berkuasa, denda boleh diberikan.

Jika memudaratkan kesihatan orang lain, itu lebih bahaya.

Jadi, kekal amalan bersih ketika berniaga sepanjang Ramadan, sebab Ramadan bulan kejar kasih sayang Allah.

Jangan disia-siakan.

Selamat berpuasa

BERITA LAIN

Lebih ramai profesional perubatan diperlukan

KUCHING: Lebih ramai profesional dalam bidang perubatan diperlukan seiring dengan pemilihan Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh syarikat terkemuka, Roche Pharmaceuticals, sebagai tapak untuk ujian klinikal

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,