ARTIKEL

Kastam KLIA rampas methamphetamine RM2.87 juta dalam dua kes

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggagalkan dua percubaan menyeludup methamphetamine bernilai kira-kira RM2.87 juta menerusi operasi berasingan pada 4 dan 14 Nov lepas.

Pengarah Kastam KLIA, Aspalila Ag Tuah, menyatakan kes pertama membabitkan rampasan 15,456 unit katrij vape berisi 30.91 liter cecair disyaki methamphetamine bernilai lebih RM1.54 juta.

Siasatan awal mendapati semua katrij itu dibawa dari Kuching, Sarawak dengan Borang Kastam No. 3 sebelum disita untuk pemeriksaan lanjut.

Dalam kes kedua, pegawai kastam merampas dua bungkusan kotak di Pengendali Terminal Kargo, Zon Perdagangan Bebas, KLIA pada 11.10 malam, 4 Nov, yang dipercayai untuk dieksport ke sebuah negara Oceania.

Pemeriksaan rapi menemukan 26 ketulan kristal methamphetamine seberat 26.55 kilogram bernilai RM1.327 juta, manakala kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan syarikat pengendali penghantaran dipanggil membantu siasatan seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU