ARTIKEL

Kastam tarik 10 kereta mewah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak mengesahkan terdapat operasi rampasan lebih 10 kereta mewah sekitar bandar raya ini. Pengarah Kastam Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, pihaknya menjalankan operasi merampas kenderaan mewah menggunakan nombor pendaftaran Brunei di sekitar Kuching baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai butiran operasi berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Ramah-Tamah Gawai Raya Kastam Sarawak di Dun Lama di sini, semalam.

“Dalam operasi ini, lebih 10 kenderaan mewah menggunakan nombor pendaftaran Brunei Darussalam dirampas Kastam Sarawak.

“Saya akan memberikan maklumat dan butiran terperinci mengenainya dengan mengadakan sidang media pada minggu hadapan,” jelasnya.

Dalam majlis sama, Speaker Dun Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, kewujudan anak jati Sarawak sebagai salah seorang pengarah peringkat jabatan persekutuan menjadikan berlakunya implementasi polisi negeri berkenaan.

“Untuk merapatkan silatahim antara Persekutuan dan Sarawak, sememangya perlu ada ketua jabatan anak jati dari negari ini,” katanya.

Beliau menambah, keharmonian kaum banyak membantu dalam membangunkan kestabilan politik baik di negeri ini.

“Kekuatan sebenar Sarawak terletak pada keharmonian kaum masyarakatnya, sekali gus menjana kemenjadian politik stabil dan kemewahan ekonomi,” ujarnya lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu