ARTIKEL

Perahu yang bersama-sama menelusuri Sungai Tellian semasa Kaul Seraheng Kakan pagi tadi.

Kaul Seraheng Kakan di Mukah meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Upacara tradisi masyarakat Melanau di Mukah iaitu Kaul Seraheng Kakan berlangsung meriah pagi tadi.

Bermula seawal jam 7 pagi, penduduk kampung bersedia di jeti sebelum menaiki bot menelusuri Sungai Tellian menuju ke Tapak Kaul Tugek.

Jarak dari Sungai Tellian ke Tapak Kaul Tugek adalah lebih daripada dua kilometer dan muzik tradisional Melanau dimainkan sepanjang menelusuri sungai itu.

Setelah tiba di Tapak Kaul Tugek, Bapa Kaul, Edmund Salman Tuna, akan mengetuai upacara Kaul Seraheng Kakan.

Bapa Kaul merupakan perantara atau orang tengah yang akan menghubungkan penduduk di dunia nyata dengan ‘Ipok’ di alam maya.

Sebelum ritual tersebut, tarian Melanau turut dipersembahkan dan kemudiannya diikuti persembahan silat.

Orang ramai yang hadir turut menikmati jamuan sebagai tanda kesyukuran sempena Kaul ini berlangsung.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi dan ADUN Tellian Royston Valentine.

Ketiga-tiga mereka turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Perahu Berhias sempena Kaul Seraheng Kakan 2026.

Perahu Berhias milik Sapan Puloh dinobatkan sebagai juara, diikuti oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tellian Tradisi yang memenangi tempat kedua dan JKKK Tellian Ulu tempat ketiga.

Bagi kategori perahu kecil pula, juara dimenangi oleh Alex Minan, tempat kedua disandang oleh Anak Nani@Budug dan tempat ketiga ialah Clement Tani.

Terdahulu, sebanyak 20 buah perahu kecil dan besar bersama-sama menelusuri Sungai Tellian semasa Kaul Seraheng Kakan.

Acara yang penuh dengan nilai warisan dan kebudayaan ini merupakan acara tahunan bagi masyarakat Melanau.


BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau