ARTIKEL

‘Kaul Seraheng Kakan’ ditetapkan pada 18 April tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kaul Mukah 2020 akan dirasmikan pada 12 April dan akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Tapak Pesta Kaul Mukah.

Manakala upacara ‘Kaul Seraheng Kakan’ di pantai kuala Batang Mukah secara rasminya akan diadakan pada 18 April tahun ini.

Diikuti pada hari seterusnya akan diadakan ‘Keman Kaul’ iaitu majlis makan berambeh yang turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Kesemua tiga tarikh tetap tersebut telahpun dipersetujui oleh semua pihak menerusi mesyuarat kali ke-3 Kaul Mukah 2020 yang diadakan di Bangunan Score semalam.

Untuk mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan bersama Pengerusi Persatuan Melanau Mukah Abdul Yakub Arbi dan Residen Bahagian Mukah Hamdiah Bakir.

Agenda mesyuarat tersebut juga membincangkan pengisian program, bajet dan penetapan tarikh bagi Kaul Mukah pada kali ini.

Turut hadir ialah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah yang juga merangkap Adun Dalat.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU