ARTIKEL

KAWAL EMOSI DIRI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»SURAH Maryam memaparkan kisah yang sarat dengan pengajaran yang dititipkan buat kita ketika menghadapi ujian pelbagai persoalan kehidupan, sakit, mendidik anak, membangun masyarakat dan sebagainya.

Maryam didatangi malaikat membawa khabar daripada Allah bahawa Maryam akan melahirkan seorang putera.

Pada saat itu, Maryam diserbu pelbagai perasaan, takut, cemas, bingung lalu berkata: “Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang pezina.”

Paling menakutkan adalah bagaimana hendak menghadapi segala tohmahan,cercaan dan kutukan masyarakat yang sudah pasti memberi reaksi apabila mendapati Maryam tiba-tiba mempunyai anak.

Sedangkan Maryam ialah wanita suci dari keluarga Imran yang terkenal dengan kebaikan dan sentiasa beramal soleh.

Maka berlakulah seperti yang ditakdirkan, bayi lahir dan bagaimana Allah memberi panduan untuk Maryam bangkit, menguatkan semangat dan berani menghadapi masyarakat yang menyerangnya dengan berbagai tuduhan dan prasangka buruk.

Pengajaran kisah Maryam ini dapat disimpulkan dengan enam panduan. Pertama, kita hendaklah berusaha menjaga lisan kita.

Pada zaman teknologi canggih kini, menjaga lisan tidak terhad kepada apa-apa yang disebut, malah apa-apa sahaja yang ditulis juga perlu dikawal.

Allah memerintahkan Maryam berdiam diri, tanpa perlu membela diri atau berdebat dengan kaum Bani Israel. Fasa berdiam diri ketika emosi masih tidak stabil adalah penting sehingga keadaan ketegangan dan keributan reda. Ini cara mengelak dari suasana semakin keruh dan tegang yang boleh mencetuskan lagi tekanan.

Kedua, hargai masa privasi diri. Maryam sering mengasingkan dirinya dari orang ramai dan beribadah kepada Allah.

Menghargai privasi dan memperuntuk masa untuk bersendiri sangat diperlukan terutama pada zaman teknologi canggih kini.

Kita perlu peruntukkan masa menyendiri untuk lebih fokus ibadah tanpa gangguan telefon pintar, media sosial dan sebagainya; putuskan atau hadkan secara berkala. Ketiga, kenali dan fahami emosi yang kita rasakan.

Perasaan sedih Maryam ketika mengandung diiktiraf oleh Allah SWT dengan memberi jaminan bayi itu nanti akan berkata-kata membela Maryam dan mempertahankan maruah Maryam.

Maka, jika kita berasa sedih ketika diuji, iktirafkan perasaan itu, jadikan ia sebagai jambatan yang menghubungkan kita dengan Allah untuk kita berdoa, bermunajat dan merintih kepada-Nya.

Apakah reaksi kita apabila mendapat tahu kawan yang diuji dengan sesuatu musibah?

Raikan perasaan sedih mereka tanpa perlu menambah dengan kata-kata yang menguris perasaan, umpama menambah garam di parut luka. Keempat, terima bantuan yang dihulurkan.

Usah hadapi masalah bersendirian tanpa mendengar dan menerima pandangan orang yang lebih berpengalaman atau pakar.

Dalam konteks kisah Maryam, Allah yang Maha Mengetahui sentiasa bersama Maryam untuk membantunya menghadapi ujian itu.

Dalam konteks diri kita sendiri, jangan sesekali berhenti memohon bantuan Allah dan dapatkan khidmat nasihat pakar contohnya doktor, kaunselor, perawat dan sebagainya. Kelima, hendaklah sentiasa memberi perhatian dan peka dengan keperluan kesihatan fizikal dan emosi.

Gaya hidup sihat harus menjadi keutamaan, bersederhana dalam apa jua keadaan dengan menjaga pengambilan makanan, hiburan, rehat dan senaman yang perlu. Akhir sekali, tetapkan pemikiran yang benar.

Tanamkan dalam diri kita bahawa boleh jadi ujian yang Allah takdirkan adalah lebih berat jika tanpa bantuan Allah.

Namun, atas belas kasihan dan kasih sayang Allah, dikurangkan kesusahan dan dipermudahkan jalan agar kita dapat mengharunginya.

Dalam konteks kisah Maryam, dia telah ditakdirkan berjumpa malaikat Jibril tetapi diturunkan bukan dalam bentuk asal tetapi dijelmakan sebagai seorang lelaki yang soleh sehingga mengurangkan rasa takut pada Maryam. 

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha