ARTIKEL

Kayu tiada dokumen sah dirampas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Polis merampas sebanyak 1,188 batang kayu pelbagai saiz tidak mempunyai dokumen sah hasil sekatan jalan raya khas ‘Cegah Jenayah’ di kawasan Gedong, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Merbin Lisa berkata kesemua kayu terbabit ditemui berada di atas dua buah lori dalam perjalanan dari arah Kampung Pusa menuju ke Serian.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas kedua-dua lori terbabit menemui sejumlah 100 batang kayu bersaiz 2x6x12, 188 batang saiz 2x4x12 dan 900 batang kayu 1x3x12.

“Siasatan lanjut mendapati kesemua kayu tersebut diperoleh secara tidak sah dan dibawa ke daerah Serian untuk tujuan membuat rumah persendirian,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kedua-dua pemandu lori terbabit lelaki warga tempatan masing-masing berumur 32 dan 37 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan kes.

Merbin berkata, tangkapan dan rampasan seterusnya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Hutan Simunjan untuk siasatan lanjutan dilakukan.

Tegas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 95(1) Ordinan Hutan Sarawak 2015.

Dalam pada itu, ujarnya, masyarakat diminta untuk menyalurkan maklumat kepada pihaknya terutama perkara melibatkan jenayah dan dadah supaya tindakan segera dapat diambil.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan