Kebajikan rakyat sentiasa diutamakan

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.45 Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii menghulurkan sumbangan dua lagi katil boleh laras bagi kegunaan rakyat di kawasannya.

Mereka yang menerima sumbangan ialah  Ting Lei Hua, 82, di Jalan Su Hing, Sungai Merudu dan Azarudin Abdullah, 17, seorang remaja lelaki yang terlantar sejak tiga tahun akibat kemalangan jalan raya.

Penyerahan sumbangan disampaikan wakilnya, Penghulu Huang Tiong Kang di sini, semalam.

Beliau berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian tanggungjawab sosial wakil rakyat berkenaan terutama untuk mereka yang memerlukan.

“Yb (Yang Berhormat) menyumbang lebih 50 jenis bantuan seperti katil pesakit, kerusi roda dan lain-lain lagi.  Ini membuktikan beliau sentiasa mengambilberat dan prihatin terhadap keperluan rakyat khususnya di DUN Repok, ” katanya ketika dihubungi media.

Selain menghulurkan sumbangan, kakitangan pusat khidmat Repok turut  memberi tunjuk ajar ahli keluarga penerima cara memasang dan menggunakan katil itu.

Pada masa yang sama, pusat khidmat itu juga terus mengambi langkah proaktif untuk mendampingi dan menyelami masalah rakyat.

Pegawai dan kakitangan pusat Khidmat N.45 Repok mengangkat katil untuk diagihkan kepada penerimanya.
Kakitangan sedang memasang katil boleh laras.