ROXBURGH: Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran belukar yang mengancam kawasan perumahan di bandar Roxburgh, Wilayah Central Otago, New Zealand, pada Isnin, sementara penduduk dipindahkan dan lebih 220 kediaman terputus bekalan elektrik.
Enam jentera bomba digerakkan ke lokasi sekitar 2.45 petang waktu tempatan selepas kebakaran pokok dilaporkan, menurut agensi Bomba dan Kecemasan New Zealand.
Pasukan bomba cuba mengawal api dari darat untuk melindungi rumah berhampiran, manakala polis membantu memindahkan penduduk di bahagian timur bandar itu, menurut Radio New Zealand seperti dilapor Bernama.
Angin kencang menyukarkan operasi pemadaman dari udara, sekali gus bekalan elektrik ke lebih 220 kediaman di Roxburgh diputuskan sebagai langkah keselamatan.
Dalam pada itu, anggota bomba turut memadamkan kebakaran di Southland dan berhampiran Desert Road, sementara MetService mengeluarkan amaran angin kencang peringkat jingga bagi Central Otago sehingga 9 malam waktu tempatan.






