ARTIKEL

Projek kuasa rentas sempadan buka peluang kontraktor tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Malaysia berpeluang meraih manfaat daripada projek elektrik rentas sempadan Petronas dan TNB melalui penyertaan kontraktor tempatan, kepakaran kejuruteraan serta pembangunan mekanisme sijil tenaga boleh baharu.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan projek itu membuka ruang kepada kontraktor Malaysia membina infrastruktur penghantaran, termasuk kabel dasar laut.

Melalui MY Energy Consortium, Petronas dan TNB akan bekerjasama dengan PetroVietnam Technical Services Corporation bagi membangunkan pelan bekalan elektrik tenaga angin luar pesisir dari Vietnam.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga Singapura memberi kelulusan bersyarat kepada Sembcorp Utilities Pte Ltd dan rakan konsortiumnya untuk mengimport 1.3 gigawatt elektrik, dengan sasaran import bermula menjelang 2035 seperti dilapor Bernama.

Fadillah turut menekankan kepentingan Grid Tenaga ASEAN yang membolehkan negara anggota bertukar elektrik, manakala negara anggota berharap memuktamadkan perjanjian serantau tahun depan, beralih daripada memorandum persefahaman sedia ada.

BERITA LAIN

Projek ART Modenkan Sistem Pengangkutan Awam Sarawak

KUCHING: Pembangunan projek Transit Aliran Autonomi (ART) merupakan pelaburan bagi memastikan pergerakan rakyat lebih lancar, bukannya pembaziran wang, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri

BERITA TERBARU

BUDAK 46 terbuka jalani rawatan

Ketakutan terhadap prosedur pembedahan menyebabkan personaliti media sosial, Budak 46, menolak cadangan doktor untuk menjalani pembedahan mata ketika berusia 16 tahun. Namun, selepas lebih sedekad