ARTIKEL

Pusat Hiburan Dipercayai Beroperasi Tanpa Lesen Diserbu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki ditahan, serta peralatan muzik dirampas di sebuah pusat hiburan di kawasan Jalan Lapangan Terbang Kuching kerana dipercayai beroperasi tanpa lesen.

Serbuan yang dijalankan ke atas sebuah pusat hiburan di kawasan Jalan Lapangan Terbang Kuching kerana dipercayai beroperasi tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata penahanan lelaki tempatan berusia 30 tahun itu, termasuk rampasan peralatan muzik di pusat hiburan terbabit dibuat dalam operasi yang dijalankan kira-kira 11.30 malam, 24 Oktober lalu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2000 kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen yang sah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

BERITA LAIN

Projek ART Modenkan Sistem Pengangkutan Awam Sarawak

KUCHING: Pembangunan projek Transit Aliran Autonomi (ART) merupakan pelaburan bagi memastikan pergerakan rakyat lebih lancar, bukannya pembaziran wang, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri

BERITA TERBARU

Kawasan Hijau Di Samarahan Akan Diwartakan

KUCHING: Kawasan di Samarahan selepas Jambatan Sejingkat dirancang untuk diwartakan sebagai kawasan hijau bagi melindunginya daripada pembangunan komersial dan perumahan. Premier Datuk Patinggi Tan Sri