ARTIKEL

Kawasan Hijau Di Samarahan Akan Diwartakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kawasan di Samarahan selepas Jambatan Sejingkat dirancang untuk diwartakan sebagai kawasan hijau bagi melindunginya daripada pembangunan komersial dan perumahan.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kawasan itu akan menjadi ruang rekreasi awam yang membolehkan penduduk menikmati alam semula jadi, mendapatkan udara segar dan meluangkan masa bersama-sama keluarga.

“Kawasan hijau ini akan menjadi sebahagian daripada perancangan Samarahan Park, yang dirancang sebagai taman awam berskala besar untuk kegunaan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Bandar Sarawak 2.0 (SUF 2.0), di Pusat Acara Hikmah Exchange, di sini, hari ini.

Abang Johari (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara DBKU (empat kiri) dengan Business Events Sarawak (tiga kanan), bersama tetamu yang lain. | FOTO RAMIDI SUBARI

Selain itu, Abang Johari memberitahu, perancangan bandar perlu menyediakan ruang hijau yang mencukupi memandangkan kediaman moden lazimnya mempunyai ruang terhad berbanding rumah kampung tradisional.

Jelasnya, kawasan awam seperti taman membolehkan masyarakat keluar dari kediaman untuk beriadah, menikmati persekitaran semula jadi dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Beliau turut menegaskan bahawa pembangunan bandar perlu mengambil kira pemeliharaan alam sekitar dan warisan tempatan, bukan hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal serta komersial.

Menurutnya, pendekatan itu juga perlu diterapkan di bandar lain di Sarawak, termasuk menerusi pemeliharaan kawasan semula jadi seperti Bukit Lima di Sibu dan Piasau Nature Reserve di Miri.

Pada masa sama Abang Johari berkata, perancangan bandar masa hadapan perlu berteraskan pembangunan mampan dan mesra alam bagi memastikan penduduk menikmati persekitaran yang selesa serta berkualiti.

Tambahnya, penyediaan kawasan hijau yang mencukupi juga penting dalam usaha membangunkan bandar rendah karbon yang memenuhi keperluan generasi akan datang.

BERITA LAIN

Projek ART Modenkan Sistem Pengangkutan Awam Sarawak

KUCHING: Pembangunan projek Transit Aliran Autonomi (ART) merupakan pelaburan bagi memastikan pergerakan rakyat lebih lancar, bukannya pembaziran wang, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri

BERITA TERBARU