ARTIKEL

Gambar hiasan | Bernama

Kebakaran besar landa 75 bangunan kediaman di Kalimantan Timur, Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Kebakaran besar melanda kawasan penempatan padat di Tenggarong, wilayah Kalimantan Timur, memusnahkan 75 bangunan kediaman sebelum berjaya dikawal kira-kira dua jam kemudian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kutai Kartanegara Fida Hurasani berkata kebakaran berlaku lebih kurang 4.30 petang waktu tempatan pada Isnin di kawasan kampung Melayu Danau Aji dan Sultan Alimuddin di Tenggarong, ibu kota pentadbiran Kabupaten Kutai Kartanegara.

“Kami mengerahkan sembilan kenderaan serta 90 anggota…untuk memadamkan kebakaran,” katanya, menurut agensi berita Indonesia, Antara.

Fida berkata angin kencang musim kemarau dan rumah kayu yang dibina rapat di kawasan penempatan padat itu menyukarkan usaha memadam kebakaran, ditambah lagi dengan bekalan air yang terhad kerana beberapa jentera bomba telah dikerahkan untuk menangani kebakaran hutan dan tanah di tempat lain.

Bagi mengatasi kekurangan itu, beliau berkata anggota bomba mengambil air dari bawah rumah penduduk dan kolam berhampiran menggunakan pam mudah alih, disokong pili kering yang dihubungkan dengan Sungai Tenggarong dan dua tangki air 5,000 liter.

Tiada kematian dilaporkan namun tiga penduduk dibawa ke hospital dengan kesukaran bernafas dan renjatan teruk manakala polis mengepung kawasan terbabit untuk menyiasat punca kebakaran, menurut media tempatan. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU