ARTIKEL

Imej yang dipaparkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. | Bernama

Kebakaran di Lapangan Terbang Cape Town lumpuhkan penerbangan, paksa pemindahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CAPE TOWN: Kebakaran di Cape Town International Airport pada Selasa menghentikan penerbangan antarabangsa dan mencetuskan pemindahan sebagai langkah berjaga-jaga melibatkan penumpang serta kakitangan, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Xinhua.

Kebakaran berlaku di bahagian luar lapangan terbang dan mengganggu beberapa perkhidmatan termasuk sebahagian rangkaian teknologi maklumat (IT).

Pihak berkuasa memaklumkan api berjaya dikawal kemudian, namun insiden itu memaksa penumpang dan kakitangan di kawasan terjejas dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Lapangan terbang mengesahkan yang satu kebakaran berlaku di bahagian luar lapangan terbang,” menurut Airports Company South Africa (ACSA) dalam satu kenyataan.

“Kebakaran berjaya dipadamkan dan semua penumpang, kakitangan serta pelawat berada dalam keadaan selamat.

Keselamatan penumpang kekal keutamaan kami.”

“Kami memahami yang insiden ini mungkin menimbulkan kebimbangan dan kami menggesa semua penumpang serta pelawat agar mematuhi arahan keselamatan dan menuju ke lokasi selamat yang ditetapkan seperti diarahkan oleh kakitangan lapangan terbang,” menurut kenyataan itu lagi.

Menurut ACSA, insiden tersebut menjejaskan beberapa perkhidmatan IT.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, pelepasan penerbangan antarabangsa digantung sementara dan penerbangan antarabangsa yang masuk dilencongkan. Penerbangan antarabangsa yang mendarat sedang diproses.”

Pihak berkuasa lapangan terbang turut menasihatkan penumpang domestik agar menyemak terus dengan syarikat penerbangan masing-masing dan aplikasi mudah alih syarikat bagi mendapatkan maklumat terkini penerbangan.

“Maklumat lanjut akan dikongsikan dari semasa ke semasa.

Kami mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama penumpang serta pihak berkepentingan,” menurut ACSA. — Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU