ARTIKEL

Kebakaran Kalimantan: Indonesia sasar batal HGU 11 syarikat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Indonesia merancang membatalkan, mengehadkan atau menolak pemberian hak pengusahaan tanah kepada 11 syarikat yang disyaki terlibat dalam kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan.

Menteri Agraria dan Perancangan Ruang Nusron Wahid menjelaskan bahawa langkah itu berdasarkan syor Badan Siasatan Jenayah Polis Negara Indonesia, selepas kementeriannya mengelaskan syarikat berkenaan kepada lima kategori.

Beliau menyatakan data penilaian sudah diserahkan dan hanya draf surat keputusan yang belum siap, manakala pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.

Tiga syarikat berdepan pembatalan sepenuhnya hak mengusahakan tanah (HGU) seluas kira-kira 23,274 hektar di Kalimantan Selatan dan Kalimantan Barat, selepas kebakaran menjejaskan lebih 50 peratus konsesi mereka serta berlaku pelanggaran syarat penggunaan tanah.

Dalam pada itu, sebuah syarikat di Kalimantan Barat tidak akan menerima lanjutan HGU, sebuah lagi berdepan pembatalan sebahagian HGU seluas kira-kira 1,510 hektar, tiga syarikat tidak akan diberi HGU baharu, dan tiga lagi masih dinilai seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Projek mega perlu utamakan kesejahteraan rakyat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan projek mega dan bangunan berskala besar perlu mengutamakan kesejahteraan awam supaya tidak mengecewakan rakyat. Beliau menyampaikan

BERITA TERBARU

Untitled 26 singkir tuan rumah 6-0

KUCHING: Untitled 26 mara ke suku akhir selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Bantang United, 6-0 dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Cabaran Battosai (BCC) Edisi

Projek mega perlu utamakan kesejahteraan rakyat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan projek mega dan bangunan berskala besar perlu mengutamakan kesejahteraan awam supaya tidak mengecewakan rakyat. Beliau menyampaikan