ARTIKEL

Kebakaran musnahkan tiga blok rumah pekerja di Jalan Pujut 7

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Tiga blok rumah pekerja milik Shin Yang di Jalan Pujut 7 di sini musnah 100 peratus dalam satu kebakaran, sekitar jam 1.47 petang tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mereka menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah pekerja itu melalui Mers 999 dan seterusnya mengarahkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi itu, terdapat 60 pintu di tiga blok rumah pekerja jenis tidak kekal tersebut telah musnah 100 peratus.

“Dianggarkan seramai 20 penghuni sahaja berada di lokasi kejadian berjaya menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jurucakap itu menambah, keluasan Blok 1 dianggarkan seluas 90′ x 30′, Blok 2 (220′ x 50′) dan Blok 3 (70′ x 30′).

“Kebakaran berjaya dikawal daripada terus merebak pada jam 2.07 petang selepas pasukan bomba membuat pemadaman dengan membentangkan hos 300 kaki dengan dua aliran air serta empat pancutan air melalui pili bomba berdekatan.

“Sehingga jam 3.20 petang tadi, pasukan bomba masih melakukan kerja membaik pulih bagi memastikan tiada sisa api yang tertinggal,” jelasnya.

OPERASI… Anggota bomba dari BBP Lopeng melakukan operasi pemadaman kebakaran di tiga bolk rumah pekerja jenis tiga kekal.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu