ARTIKEL

Kebakaran Nibong Tebal: Tiga rumah musnah, enam penghuni selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NIBONG TEBAL: Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Sungai Kecil pagi tadi, manakala enam penghuni termasuk seorang bayi berusia enam bulan dilaporkan selamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, menyatakan panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.10 pagi.

Beliau memaklumkan kebakaran itu membabitkan tiga rumah setingkat, masing-masing berkeluasan 190 meter persegi.

Api berjaya dikawal pada pukul 4.44 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6.20 pagi oleh lebih 50 pegawai dan anggota bomba dari BBP Nibong Tebal, BBP Sungai Bakap dan BBP Parit Buntar serta Pasukan Bomba Sukarela.

Selain itu, Polis Diraja Malaysia dan Tenaga Nasional Bhd turut terlibat dalam operasi tersebut, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat oleh Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Lelaki 32 tahun maut dalam kemalangan di Niah

NIAH: Usaha pasukan bomba menyelamatkan seorang lelaki yang tersepit di dalam sebuah Perodua Bezza berakhir dengan tragedi apabila mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan

BERITA TERBARU