ARTIKEL

Oliver Loh Wei Han, 11, antara mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights kini dirawat di Hospital Putrajaya.

Kebakaran Putra Heights: 46 Masih Dirawat, Seorang Di ICU – KKM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Sebanyak 46 orang daripada keseluruhan 134 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selasa lepas masih menerima rawatan di hospital dan klinik.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah itu, 26 mangsa dirawat di hospital kerajaan termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang manakala 20 mangsa lagi di fasiliti swasta.

“Seorang lelaki berumur 65 tahun sedang dirawat di ICU setelah mengalami enam peratus partial thickness burn, chemical pneumonitis dan diaphragmatic hernia dan dirawat dengan high flow nasal cannula.

“Terdapat 14 pesakit di Hospital Putrajaya, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (enam), Hospital Kuala Lumpur (empat), dan masing-masing satu pesakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Ampang,” menurut data harian yang dikeluarkan KKM hari ini.

KKM turut memaklumkan aktiviti Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Minda dan Psikososial (MHPSS) turut dijalankan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia, selain di Hospital Putrajaya (HPj) dengan 135 individu menerima intervensi MHPSS.

Antara intervensi yang dilaksanakan adalah relaksasi, ekspresi seni dan kemahiran asas psychological first aid (PFA). – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan