ARTIKEL

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari semasa sidang media mengenai perkembangan berkaitan kejadian kebakaran saluran paip gas yang berlaku di Putra Heights pada Selasa lau di Wisma Dewan Annexe Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Kebakaran Saluran Gas: Hasil Siasatan Awal Diperincikan Esok – MB Selangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM, 3 April (Bernama) — Hasil siasatan awal insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa dijangka diperincikan esok.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara itu akan diperincikan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan merangkumi dua aspek utama iaitu teknikal dan kecuaian atau kesalahan jenayah.

Beliau berkata bagi aspek teknikal, siasatan dikendalikan beberapa jabatan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta pihak Petronas dan badan teknikal lain, manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat sudut kecuaian atau kesalahan jenayah.

“Kalau ikut teorinya macam-macam. Jadi beri ruang pihak terlibat untuk melakukan siasatan menyeluruh dan selepas itu kita akan bentangkan dengan terperinci supaya tidak ada siapa yang terlepas daripada bertanggungjawab dan kita dapat memperbaiki pula prosedur serta aturan kita pada masa depan.

“(Tempoh) 72 jam itu adalah maklum balas awal daripada siasatan dan itu berlaku esok… Datuk Hussein selaku Ketua Polis Selangor ataupun unitnya mengetuai siasatan dan akan mengemukakan beberapa skop, kajian dan dapatan,” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini. 

Selain itu, Amirudin berkata bahagian siasatan juga akan membuat penilaian video tular di media sosial berkaitan insiden berkenaan dan akan memanggil pihak yang menghasilkan rakaman itu sekiranya terdapat keperluan untuk pengesahan dan mendapatkan maklumat lanjut.

“Pada masa ini, kita telah mengambil maklum kesemua klip, video, laporan, maklumat dan kita akan memanggil semua pihak yang terbabit dan hal itu akan dimaklumkan mulai esok oleh Ketua Polis Negeri,” katanya sambil menambah sehingga kini sebanyak 108 laporan polis diterima berhubung insiden itu.

Beliau turut memaklumkan taklimat mengenai kejadian itu dilaksanakan secara harian oleh pihaknya dan PDRM, yang merangkumi pemakluman dasar atau keputusan keseluruhan oleh pihaknya, manakala aspek siasatan sama ada yang melibatkan jenayah, kecuaian ataupun teknikal akan dibentangkan oleh jabatan terbabit.

“Isu-isu teknikal yang berkaitan akan dijawab ataupun akan cuba dijelaskan sesuai dengan kepakaran masing-masing,” katanya.

Insiden kebakaran besar pada 8.10 pagi Selasa itu menyaksikan api menjulang tinggi dan menghasilkan bahang panas serta debu yang memusnahkan deretan kediaman selain harta benda termasuk lebih 300 kenderaan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU