ARTIKEL

Anggota pasukan keselamatan dan penyelamat menghadiri taklimat operasi di Pusat Kawalan Gerakan bagi Op Gas Putra Heights di Subang Jaya.

KEBAKARAN SALURAN GAS: TIADA KERJA PEMBINAAN DILAKUKAN PADA HARI KEJADIAN – CIDB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang aktiviti pembinaan dilakukan di lokasi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya ketika kejadian semalam berdasarkan siasatan awal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

CIDB dalam kenyataan memaklumkan pasukan Penguatkuasaan CIDB Selangor diketuai Pengarahnya Heryanti Hilmi hadir ke lokasi kejadian hari ini bagi mendapatkan maklumat daripada agensi dan kontraktor terlibat sebagai sebahagian proses siasatan.

Heryanti dalam kenyataan itu dipetik sebagai berkata siasatan di lokasi kejadian menunjukkan tapak pembinaan 10 unit kedai pejabat dua tingkat yang dikaitkan warganet dengan letupan paip gas tersebut sebenarnya terletak 30 meter dari lokasi insiden.

“Laporan yang kami terima daripada kontraktor menunjukkan hanya terdapat kerja-kerja pembentungan yang dilakukan di tapak pembinaan tersebut pada pada 30 Mac, manakala kerja-kerja penyenggaraan dalaman (house keeping) dilakukan pada 31 Mac.

“Laporan menunjukkan tiada sebarang kerja pembinaan yang sedang berlaku di tapak tersebut pada 1 April 2025, semasa kejadian berlaku,” katanya.

CIDB memaklumkan ketika kejadian penolong pengurus projek berada di kediamannya dan menerima panggilan telefon daripada jurutera projek pada 8.32 pagi yang memaklumkan terdapat satu insiden letupan dan kebakaran berdekatan tapak pembinaan. – Bernama

BERITA LAIN

PRN Melaka: 79 calon bertanding

Seramai 79 calon daripada pelbagai parti, gabungan politik dan Bebas disahkan layak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang berlangsung pada 14 Nov.

BERITA TERBARU

93 pemimpin pengakap perkukuh kepimpinan

KOTA SAMARAHAN: Seramai 93 pemimpin pengakap dari seluruh Sarawak menyertai Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3A dan 3B bagi memperkukuh kemahiran serta keupayaan mereka membimbing generasi

DBKU percepat kelulusan lesen kepada 32 jam

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berjaya mempercepat proses kelulusan lesen perniagaan kritikal daripada 150 hari kepada 32 jam, sekali gus melayakkannya menerima Anugerah Platinum