ARTIKEL

Kebakaran tiga buah kenderaan di dua rumah berasingan, dipercayai angkara perbuatan khianat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua buah kereta dan sebuah motosikal terbakar dipercayai perbuatan khianat setelah kebakaran itu berlaku pada dua rumah berasingan di Lorong 3B Taman Seng Goon Garden, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 2.07 pagi.

Susulan itu katanya sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan BBP Tabuan Jaya telah digerakkan ke lokasi bagi melakukan operasi pemadaman.

Menurut kenyataan itu kebakaran melibatkan sebuah kereta dan motosikal di rumah pertama manakala sebuah kereta terbakar di sebuah lagi rumah yang terletak pada lorong yang sama dengan jarak 300 meter.

“Kebakaran pertama di rumah bernombor 88 melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Harrier dan sebuah motosikal terbakar 100 peratus serta turut menjejaskan bahagian siling rumah terbakar 20 peratus.

“Manakala sebuah lagi rumah bernombor 177 melibatkan sebuah kereta jenis Honda Jazz terbakar 60 peratus dan bahagian siling rumah 15 peratus,” katanya hari ini.

Kebakaran bagaimanapun katanya berjaya dipadam dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dan satu aliran 300 kaki menggunakan air dari tangki jentera bomba.

Tambahnya, semua penghuni kedua-dua rumah turut dilaporkan selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku susulan insiden berkenaan.

Ujar kenyataan itu operasi pemadaman seterusnya tamat pada jam 3.12 pagi setelah memastikan keadaan terkawal dan dalam selamat.

HANCUR…Kedua-dua kenderaan membabitkan sebuah motosikal dan kereta hangus 100 peratus

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha