ARTIKEL

Kebenaran buka masjid, penetapan jumlah jemaah tertakluk bidang kuasa negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kebenaran membuka masjid dan penetapan jumlah jemaah semasa penularan wabak COVID-19 ketika ini, adalah tertakluk bawah bidang kuasa negeri serta tidak terletak dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan hal ehwal agama Islam terletak di bawah kuasa negeri dan sebarang keputusan perlu mendapat perkenan Sultan atau Raja di negeri berkenaan.

“Majlis Keselamatan Negara boleh membuat Prosedur Operasi Standard berkaitan pelbagai bidang tetapi tidak boleh kepada masjid.

“Apa sahaja perkara berkaitan agama, adalah di bawah kuasa negeri dan mesti diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan setiap negeri. Kita tak boleh buat (buka masjid sepenuhnya) macam Turki kerana kita mesti berdasarkan keputusan negeri-negeri,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV di sini, malam tadi.

Ismail Sabri berkata demikian ketika ditanya mengenai isu penetapan jumlah jemaah di masjid dan sama ada Malaysia boleh melaksanakan pendekatan Turki yang membenarkan masjid dibuka walaupun terdapat ancaman COVID-19.

Mengulas lanjut, beliau berkata hal ehwal agama Islam misalnya mengenai jumlah jemaah yang dibenarkan hadir di masjid-masjid di Wilayah Persekutuan, bergantung kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong. — BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha