ARTIKEL

Kebersihan makanan bazar Ramadan Sarikei dipantau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Tiga agensi melancarkan operasi keselamatan makanan di tapak bazar Ramadan bahagian Sarikei bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan kebersihan.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei, Dr Emmanuel Joseph Fong berkata, operasi yang berkuatkuasa 8 hingga 10 Mei itu melibatkan pemeriksaan ke atas 180 gerai makanan di kawasan terbabit.

Menurutnya, anggota penguatkuasa yang terlibat ialah Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei, Majlis Daerah Sarikei (MDS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Antara lain objektif operasi ini ialah menguatkuasakan Peraturan Peraturan Kebersihan Makanan 2009, meningkatkan kesedaran pengendali makanan tentang pentingnya penjagaan diri dan tempat penyediaan makanan.

“Kita juga mahu memastikan  makanan yang dijual kepada orang ramai sepanjang Ramadan bersih dan selamat,”katanya dalam sidang media selepas melancarkan operasi berkenaan.

Joseph Fong meletakkan label pada setiap gerai selepas diperiksa dalam Operasi Bazar Ramadan Sarikei, semalam.

Hadir sama , Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP, Mohd Tarmizi Mohd Amin.

Beliau memberitahu, operasi memberi penekanan terhadap beberapa aspek penting iaitu pengendali makanan, suntikan vaksin bagi pengendali makanan, pakaian, perhiasan diri atau aksesori lain.

“Apa yang penting, kita mahu semua peniaga di bazar ini mengutamakan kebersihan demi keselamatan orang awam,” katanya.

Sehubungan itu,  Joseph Fong menasihatkan orang ramai supaya memilih makanan yang sihat untuk berbuka demi menjamin kesihatan diri dan keluarga.

Dalam pada itu, Mohd Tarmizi mengesa peniaga  supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak menaikkan harga jualan makanan dengan sesuka hati.

Pegawai penguatkuasa sedang melakukan pemeriksaan dan pemantauan.

 

Fong bersama pegawai lain meninjau tapak Bazar Ramadan Sarikei

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu