ARTIKEL

Kebimbangan ancaman gempa Megathrust di Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Gempa terbaru Jumaat lepas di Banten, yang jauhnya lebih 120km dari Jakarta, tetapi turut menggoncang ibu kota itu, kini memicu kebimbangan berlakunya gempa “megathrust” dan impaknya kepada Indonesia.

Pihak berkuasa Indonesia kini tidak lagi berselindung akan kemungkinan berlakunya gempa megathrust, berkekuatan magnitud melebihi 9 Skala Richter.

Terakhir gempa megathrust berlaku pada 2004, bermagnitud 9.1 hingga 9.3 Skala Richter, yang mencetuskan tsunami, memusnahkan Aceh, mengorbankan beratus ribu nyawa.

Pakar gempa dan tsunami Badan Pengkajian Penerapan Teknologi (BPPT)  Widjo Kongko berkata gempa megathrust boleh berlaku berikutan pergerakan aktif dan pergeseran plat Indo- Australia dan Eurasia ketika ini.

Widjo Kongko dipetik media tempatan sebagai berkata bahawa sekiranya berlaku gempa megathrust melebihi 9 Skala Richter di Selat Sunda, ia boleh mencetuskan tsunami setinggi sehingga 57 meter.

“Potensi tsunami setinggi 57 meter di Kabupaten Pandeglang, Banten. Tsunami ini juga berpotensi akan mencapai Jakarta Utara. Namun, itu semua masih bersifat kajian awal kami,” katanya.

Ketua Pusat Data, Informasi, dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BPNB) Agus Wibowo berkata Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengarahkan BPNB untuk membangunkan hutan pantai atau tanaman bakau, di kawasan- kawasan yang berpotensi besar terkena impak gempa megathtust itu.

Presiden Jokowi pada Julai lepas turut mengarahkan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG) menyalurkan maklumat lengkap dan cepat berkaitan gempa kepada orang awam.

Jokowi dipetik agensi Antara, berkata, penyaluran apa jua maklumat berkaitan gempa, bukanlah bertujuan untuk meresahkan masyarakat, tetapi agar masyarakat mendapat maklumat dan berpengetahuan berhubung ancaman itu. – Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU