ARTIKEL

Kebocoran bahan kimia cetus kebimbangan di Pasir Gudang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Sebuah tangki industri mengandungi bahan kimia jenis “Spent Inorganic Acid” dilaporkan bocor di sebuah kilang di Pasir Gudang pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan pada 11.59 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.

Operasi pemantauan dijalankan bersama Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan keadaan terkawal.

Pihak kilang telah memindahkan sisa bahan kimia ke sistem scrubber sebagai langkah pengawalan, manakala bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) turut dimohon.

Menurut Bernama, setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi masih diteruskan.

BERITA LAIN

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat

BERITA TERBARU