ARTIKEL

Kebocoran paip utama bersaiz 800mm berhampiran Aiman Mall.

Kebocoran paip utama punca bekalan air terganggu di Kota Samarahan dan kawasan sekitar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kebocoran paip utama bersaiz 800mm berhampiran Aiman Mall berpunca daripada kerja-kerja projek Kuching Urban Transportation System (KUTS) di kawasan berkenaan.

Sarawak Water dalam satu kenyataan berkata, kejadian tersebut menyebabkan gangguan bekalan air dan tekanan air rendah kepada pengguna di beberapa kawasan.

“Ini termasuk di sepanjang Jalan Datuk Mohammad Musa, Taman Desa Ilmu serta kawasan sekitarnya.

“Kebocoran tersebut turut menjejaskan penyaluran bekalan air terawat daripada Sarawak Water ke kawasan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Samarahan.

“Ia mengakibatkan gangguan bekalan air ke kawasan Tambirat, Asajaya, Sadong Jaya, Sebangan, Sebuyau dan Simunjan,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, pasukan teknikal Sarawak Water turut digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih secepat mungkin.

Pada masa yang sama, lori tangki air turut digerakkan ke kawasan yang memerlukan bantuan bekalan air sementara.

Tambahnya, Sarawak Water bekerjasama rapat dengan JBALB, pihak KUTS serta agensi berkaitan bagi memastikan kerja-kerja baik pulih dapat dilaksanakan dengan selamat dan diselesaikan secepat mungkin.

“Selepas kerja-kerja baik pulih selesai, bekalan air akan pulih secara berperingkat apabila tekanan dan sistem agihan kembali stabil.

“Tempoh pemulihan mungkin berbeza mengikut lokasi, khususnya di kawasan tinggi dan kawasan yang berada di penghujung sistem agihan,” katanya.

Sarawak Water juga memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh para pengguna dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua pihak sepanjang tempoh gangguan.

“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran komunikasi rasmi Sarawak Water,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha