ARTIKEL

Kecantikan Nia Ramadhani berhijrah terserlah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ARTIS Indonesia Nia Ramadhani menyambut Ramadan dengan menunaikan umrah bersama-sama suaminya, Ardiansyah Bakrie dan anak sulungnya, Mikayla Zalindra Bakrie. 

Nia terlihat mengubah penampilannya, dia berhijab sepanjang proses menunaikan umrah di Makkah dan Madinah.

Perubahan penampilan Nia mendapat banyak pujian warganet dan mendoakan agar dia terus berhijab. 

Menerusi Instagramnya, Nia mendoakan agar amal ibadat mereka sekeluarga diterima dan semoga dijemput lagi untuk menunaikan umrah bersama-sama kesemua anaknya.

Nia sempat menunaikan ibadat umrah untuk bapanya, Allahyarham Priya Ramadhani yang meninggal dunia pada 7 Mac 2014.

“Perjalanan begitu indah, semuanya lancar dan dimudahkan.

“Insya-Allah ibadat kami diterima, semoga dipanggil lagi dan dapat membawa anak lelaki saya,” tulisnya.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU