ARTIKEL

Kecekapan digital perkhidmatan awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 29 penjawat awam menyertai program Latihan kecekapan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) yang dianjurkan oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Akademik Binaan Malaysia (ABM) dan cawangan latihan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Isnin lalu.

Menurut kenyataan medianya, peserta program daripada kumpulan pertama ini mempunyai latar belakang profesional dan diperkenalkan dengan konsep serta teori BIM termasuk kesan pengganda saling berkait yang sesuai dengan aplikasi.

BIM juga merupakan proses yang diterima pakai di peringkat global dalam pembinaan profesional, pemaju dan kerajaan untuk kerjasama dalam projek pembinaan.

Justeru dengan menggunakan model 3D yang pintar, konstituen projek dapat dilaksanakan secara kolaboratif, menggabung dan mengurus maklumat bangunan dengan cekap.

Hasil usaha ini juga, akan membawa kepada sumber projek yang optimum serta mengurangkan konflik reka bentuk dan masa pembinaan.

Sementara itu, Pengurus Besar SMA Dr Zaidi Razak berkata, pembangunan kecekapan digital untuk perkhidmatan awam negeri merupakan tindakan strategik bagi Ekonomi Digital Sarawak, dan SMA komited dalam menjalankan inisiatif peningkatan tersebut secara aktif.

“Hasil yang diharapkan daripada inisiatif digital tersebut akan melengkapkan agensi negeri yang mengawasi industri pembinaan dengan asas yang kukuh untuk memberikan penyampaian dan tadbir urus perkhidmatan digital yang sangat baik,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Saintis merangkap Ketua Penasihat Ekonomi Digital Sarawak Profesor Ir Dr Al Khalid Othman berkata, program sedemikian sejajar dengan hasrat Kerajaan Sarawak melalui Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) dengan hasrat meningkatkan bilangan pekerja mahir dan menjadi negeri termaju menjelang 2030.

“Persediaan tenaga kerja mahir ini dicadangkan oleh JKR Sarawak untuk memastikan BIM diterima pakai pada
awal proses reka bentuk pembangunan projek fizikal.

“Dengan ini, ia akan membantu mempercepatkan pembinaan, pengurusan projek yang diselaras, meningkatkan pengurusan kemudahan dan dapat mengoptimumkan kos pembinaannya,” ujarnya.

Menerusi program yang berlangsung sehari di Pusat Konvensyen CIDB Sarawak itu, peserta kini boleh melakukan modul asas BIM sebelum menduduki peperiksaan pensijilan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha