ARTIKEL

Kedai kopi tingkatkan imej Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Transformasi pembangunan Sarikei menyerlah di bawah Kerajaan GPS melalui kepemimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Adun Repok Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, Kerajaan GPS meluluskan banyak projek berimpak tinggi untuk kemudahan rakyat bukan sahaja di Sarikei tetapi juga kawasan sekitarnya.

Malah katanya, melalui peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP), kerajaan berupaya mempercepatkan pelaksanaan projek yang diperlukan oleh rakyat.

“Sebagai wakil rakyat, saya tetap akan berusaha memohon peruntukan untuk melaksanakan pelbagai projek rakyat di Dun Repok termasuk menaik taraf prasarana di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ulang Tahun Ke-62 dan Sambutan Perayaan Kuih Bulan anjuran Persatuan Perniaga Kedai Kopi dan Restoran Sarikei, pada Rabu.

Sehubungan itu Huang berkata, persatuan berkenaan perlu mengukuhkan kerjasama sejajar dengan peranan penting mereka sebagai penyumbang pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Katanya, walaupun Sarikei kawasan yang kecil namun persatuan harus aktif melaksanakan aktiviti melibatkan kerjasama dengan pertubuhan lain.

“Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana besar untuk pembangunan prasarana dan pendidikan sekolah. “Kita sedang giat melaksanakan projek Pembinaan Jalan dari Sarikei menuju ke Tanjung Manis, projek agro, pusat pengumpulan hasil pertanian dan lain-lain lagi.

“Kedai kopi dan restoran di daerah ini mampu meningkatkan imej Sarikei selain menjadi platform penting untuk menarik kehadiran pelancong.

“Pengusaha premis makanan ini juga perlu meningkatkan kualiti perkhidmatan di samping memberikan layanan yang baik kepada pelanggan di samping sentiasa mematuhi SOP bagi mengekang penularan Covid -19,” katanya.

BERITA LAIN

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

Geran MRP dan Unifor harus digunakan sepenuhnya

PADAWAN: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang dipohon. Timbalan Menteri

BERITA TERBARU

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup