HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Kedai runcit, kedai makan terlibat perjudian haram dipotong bekalan elektrik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Tiga premis terdiri daripada kedai runcit dan kedai makan di sini dipotong bekalan elektrik hari ini, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian haram.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata tindakan itu dibuat dalam Operasi Bersepadu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (BSJ IPD) Kuching bersama kakitangan Sarawak Energy Berhad (SEB) antara jam 9 hingga 12 tengah hari ini.
“Operasi ini dibuat di premis-premis yang didapati menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, pemotongan bekalan elektrik itu dibuat mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
“Polis boleh membuat permintaan untuk pemotongan elektrik jika mempunyai alasan yang munasabah bahawa premis itu menjalankan sebarang aktviti perjudian,” katanya.

Anggota BSJ IPD Kuching bersama kakitangan SEB melakukan pemotongan bekalan elektrik ke atas premis yang disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian haram di bandar raya ini.

Justeru, Awang Din menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan sebarang aktiviti perjudian tanpa lesen.
Katanya mereka yang didapati terlibat akan diambil tindakan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Pencegahan Jenayah 1959.
Awang Din berkata dalam tempoh tujuh hari dari 22 hingga 28 Januari ini, BSJ IPD Kuching telah berjaya membuat tujuh serbuan ke atas premis-premis perjudian di sekitar bandar raya ini, dengan lapan orang penjual judi dalam talian turut ditangkap.
Katanya siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukan denda RM5,000 hingga RM50,000 dan hukuman penjara hingga tiga tahun jika sabit kesalahan.
Beliau berkata kesemua suspek yang ditahan telah direman.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru