ARTIKEL

KEDALAMAN LAUT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Laut tidak pernah menyoal dari gunung mana sungai bermula;

setiap aliran tiba dengan warnanya

membawa kelodak sepanjang perjalanan.

Di muara, air yang berlainan bertemu tanpa saling meniadakan;

arus bersilang, kemudian berpisah masing-masing menurut geraknya.

Di bawah riak yang silth berganti

batu tetap pada bentuk asal;

segala yang hanyut menemukan dasar

segala yang mendap menjadi sebahagian daripadanya.

Laut menampung segala yang datang

namun tidak kehilangan kelulusan;

ombak boleh meninggi

arus boleh berubah haluan

tetapi kedalaman tidak perlu dipertontonkan.

MOHD NOOR ASA’A

1 November 2026

Pantai Batang Maro, Saribas.

BERITA LAIN

Api dalam diri

PERTAHANANKU mendadak goyah. Diam yang selama ini kucuba untuk meredam semua emosi lambat-laun mulai terhakis. Aku menyerah. Bukan menyerah pada keadaan yang membuat hidupku terasa

RENYAI KEDAMAIAN

Hujan renyai turun menyapa membasahi bumi yang lama kehausan setiap titisnya menyentuh dedaunan lembut mengusir resah yang terpendung. Cahaya redup di balik awan mencipta tirai

BERITA TERBARU

Alam diselamatkan, tubuh dikorbankan dalam Rhizophora

Pengorbanan, persoalan kehidupan yang diteruskan APABILA hemisfera mengalami kerakan, ancaman pencemaran memasuki ruang perlindungan. Haiwan bergerak menjauhi bahaya, udara berubah dan kelangsungan pulau terancam. Ketika

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan

MALAYSIA terus memperlihatkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026, sekali gus mencerminkan keupayaan negara