ARTIKEL

Kediaman lebih selesa, teratur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SADONG JAYA: Inisiatif Skim Pembesaran Kampung (SPK) bagi membantu penduduk luar bandar memilik rumah yang teratur.

Adun Sadong Jaya Aidel Lariwoo berkata, akibat pertambahan populasi, kampung tradisi tidak mampu menampung ahli keluarga sedia ada. “Terdapat isi rumah yang membina rumah di tepi rumah asal apabila kelihatan tidak teratur.

“Malah, terdapat lebih daripada satu keluarga pada satu rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas lawatan SPK Sadong Jaya oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini pada Sabtu.

Tambah Aidel, skim itu membolehkan penduduk luar bandar memiliki rumah yang selesa kerana  jika membeli rumah di bandar harga agak mahal.

“Penduduk luar bandar tidak mampu membeli rumah di bandar jika mempunyai pendapatan yang tidak tetap. “Oleh itu, saya harap lebih banyak skim dilaksanakan di kawasan Sadong Jaya dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kelak,” ujarnya.

Katanya lagi, di Sadong Jaya terdapat 290 lot diagihkan secara adil kepada penduduk di empat kampung iaitu Kampung Sadong Jaya Laut, Kampung Sadong Jaya Tengah, Kampung Sadong Jaya Ulu dan Kampung Sungai Bilis.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha