BANGKOK: Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan menyambung semula operasi hari ini (Selasa) selepas premisnya ditutup sementara oleh pihak berkuasa bagi penilaian keselamatan susulan gempa bumi kuat di Myanmar yang menyebabkan gegaran di Thailand pada Jumaat lepas.
Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand, Bong Yik Jui berkata, kedutaan itu kini beroperasi di tingkat 17 Menara Pejabat Kronos di Jalan Sathorn dan keseluruhan bangunan itu ditutup oleh pihak berkuasa pada Jumaat.
Beliau berkata, Menara Pejabat Kronos diperiksa sepenuhnya oleh jurutera bertauliah dan disahkan berada dalam keadaan kukuh serta selamat tanpa sebarang kerosakan. -Bernama



