ARTIKEL

Kegagalan beri kerjasama boleh didenda sehingga 2 tahun penjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kesemua individu yang didapati positif Covid-19 di Bintulu pada 12 hingga 21 April lalu telah dikesan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Dr Chin Zin Hing.

Menurut beliau, bagaimanapun pada tempoh tersebut JKNS masih berusaha untuk menghubungi kesemua individu terbabit dan proses itu telah selesai.

“JKNS menyeru semua pihak dan orang ramai supaya sentiasa memberi kerjasama bagi memastikan wabak pandemik Covid-19 dapat ditangani serta dikawal.

“Kegagalan memberi kerjasama apabila dikehendaki memberikan maklumat di bawah Seksyen 22(d) Akta 342 seperti memberi maklumat palsu dan jika disabit kesalahan boleh didenda di bawah Seksyen 24(a) akta berkenaan, dengan kesalahan pertama boleh di penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Zin Hing mengulas lanjut mengenai kenyataan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing yang memberitahu lebih 100 kes yang didapati positif Covid-19 di Bintulu antara 12 hingga 21 April lalu tidak dapat dikesan atau dihubungi kerana memberikan maklumat peribadi palsu.

Beliau memberitahu, bagi pelaksanaan aktiviti Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD), kebiasaannya maklumat setiap individu juga dirujuk melalui kad pengenalan, pasport atau nombor rujukan klinik masing-masing untuk maklumat hubungan (komunikasi) seperti alamat dan sebagainya.

“Jabatan Kesihatan akan menghubungi individu terbabit sama ada melalui telefon, kenalan/ ahli keluarga atau dengan kaedah mengesan beliau di alamat yang diberikan.

“Justeru, JKNS ingin menasihati mana-mana individu atau kontak yang telah dihubungi agar bekerjasama sepenuhnya,” ujarnya.

Zin Hing menjelaskan, semua usaha yang dilakukan itu adalah semata-mata untuk mengesan sebarang risiko jangkitan di peringkat awal dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam kalangan ahli keluarga mereka serta masyarakat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha