ARTIKEL

Kegiatan pelacuran disebalik operasi pusat urut terbongkar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kegiatan pelacuran yang dipercayai berselindung di sebalik operasi sebuah pusat urut dengan menawarkan perkhidmatan pada kadar RM50 terbongkar selepas polis menyerbu premis berkenaan di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, semalam.

Serbuan menerusi Op Noda itu membawa kepada penahanan enam individu, terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan lima warga asing berusia antara 26 hingga 49 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, operasi kira-kira jam 12.55 tengah hari itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Menurutnya, pemeriksaan di premis terbabit membawa kepada penemuan beberapa barangan yang turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati pusat urut berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran melibatkan warga asing dengan mengenakan bayaran RM50 bagi setiap perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Alexson berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau sebatan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan.

“Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau menegaskan polis akan terus mempergiat operasi membanteras kegiatan tidak bermoral dan menyalahi undang-undang bagi memastikan ketenteraman serta keselamatan awam sentiasa terpelihara.

BERITA LAIN

Bot elektrik berpotensi pacu pelancongan sungai

KUCHING: Bot elektrik yang diuji menerusi kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB), Jabatan Laut Malaysia dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) berpotensi digunakan bagi menyokong aktiviti pelancongan,

BERITA TERBARU

Bot elektrik berpotensi pacu pelancongan sungai

KUCHING: Bot elektrik yang diuji menerusi kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB), Jabatan Laut Malaysia dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) berpotensi digunakan bagi menyokong aktiviti pelancongan,