ARTIKEL

Kehidupan dan rezeki kami di laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Mukah merupakan sebuah daerah terkenal dengan ikan segar dan hari ini seperti yang dipercayai ritual kaum Melanau Mukah, pekan ini akan dibanjiri tangkapan hasil laut selepas Pesta Kaul.

Menurut sejarah budaya Melanau, sambutan kaul merupa- kan satu ritual tradisi sebagai cara menyatakan kesyukuran serta memohon pertolongan daripada ‘ipok’ agar laut dan darat dilimpahi
rezeki berterusan sepanjang tahun.

Nelayan Mukah kebanyakan amat berani menempuh laut yang bergelora walaupun pada musim
tengkujuh.

Walaupun bot mereka kecil namun keberanian menempuh ombak amat dikagumi. Harga ikan
pada musim tengkujuh meningkat berbanding musim panas kerana faktor cuaca, tangkapan berkurangan dan permintaan tinggi.

Fenomena kebanjiran ikan tamban, udang geragau, udang payak dalam dialek Melanau dan ikan
selar biasanya berlaku apabila tiba musim panas.

Ikan selar dan tamban sangatpopular, mendapat permintaan tinggi dan harganya mahal. Ikan
selar yang ditangkap menggunakan pukat ‘panau’ harganya mahal berbanding yang ditangkap menggunakan pukat tangsi atau tunda.

Apabila sumber laut ini melimpah, harganya akan menurun kerana perolehan melebihi per-
mintaan. Biasanya ikan tamban dan selar akan melanda perairan Mukah pada bulan April sehingga bulan Julai.

Ikan segar dari kawasan perairan Mukah seperti pirang, bawal, tenggiri dan terubok biasanya dijadikan umai iaitu makanan mentah seiras sushi Jepun.

Umai ini dibuat dalam dua cara iaitu umai campur dan umai cecah (sambal diasingkan).

Meskipun harga ikan di Mukah dikatakan melambung tinggi pada waktu tertentu, namun pasar basah
Mukah tetap menjadi perhatian pembeli ikan.

Masyarakat Melanau Mukah tidak dapat dipisahkan daripada ikan. Mereka lebih suka memakan
ikan berbanding dengan daging ayam, lembu dan kambing.

Kepelbagaian jenis ikan segar yang ditangkap sama ada menggunakan pukat, pancing, ‘panau’ tunda dan sebagainya sentiasa ada dijual di pasar basah Mukah.

Stok ikan segar Mukah sentiasa ada walaupun pada musim tengkujuh atau perayaan.

Nelayan Mukah tetap setia ke laut tanpa mengira musim kerana laut menjanji kebahagiaan kepada
mereka terutama nelayan kecil yang banyak bergantung kepada pekerjaan ini sebagai sumber pendapatan.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan