ARTIKEL

Kehidupan penduduk Palestin semakin buruk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

RAMALLAH: Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk pada Rabu berkata, rakyat Palestin di Gaza hidup dalam situasi yang semakin buruk ketika mereka terus diserang tanpa henti oleh Israel dan dihukum secara kolektif.

Bercakap pada sidang media menjelang Hari Hak Asasi Manusia, Turk berkata bantuan kemanusiaan sekali lagi hampir terputus dengan kebimbangan terhadap penularan penyakit dan kelaparan meluas.

“Orang awam di Gaza terus diserang tanpa henti oleh Israel dan dihukum secara kolektif, menderita kematian, pengepungan, kemusnahan dan kekurangan keperluan asas penting seperti makanan, air, bekalan perubatan dan keperluan lain dalam jumlah yang besar.

“Rakyat Palestin di Gaza hidup dalam situasi yang semakin buruk,” katanya, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).

Operasi ketenteraan, termasuk pengeboman oleh tentera penceroboh Israel diteruskan di utara, tengah dan selatan Gaza, menjejaskan orang awam yang berpindah beberapa kali terpaksa melarikan diri untuk mencari tempat yang selamat.

Turk berkata sekitar 1.9 juta daripada 2.2 juta rakyat Palestin yang hilang tempat tinggal kini mencari perlindungan di tempat sempit dan sesak di selatan Gaza, dalam keadaan tidak bersih dan tidak sihat.

“Bantuan kemanusiaan sekali lagi hampir terputus dengan kebimbangan penularan penyakit dan kelaparan meluas.

Situasi malapetaka yang berlaku di Semenanjung Gaza dapat diramal dan dicegah.

“Rakan-rakan kemanusiaan saya menyifatkan situasi ini sebagai bencana besar,” katanya yang menggesa masyarakat antarabangsa agar sebulat suara mendesak gencatan senjata serta-merta atas dasar hak asasi manusia dan kemanusiaan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Dr Ashraf al-Qudra berkata, Hospital Al-Ahli di utara Bandaraya Gaza sudah melebihi kapasitinya berikutan kemasukan besarbesaran orang ramai yang cedera di kemudahan itu. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta