ARTIKEL

Keindahan landskap beri jiwa baharu kepada Padungan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CANTIK…Letupan bunga api mencantikkan lagi suasana nyalaan lampu pintu gerbang Jalan Padungan yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, acara turut dihadiri Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng dan ahli majlis MBKS yang lain.

KUCHING: Landskap di Jalan Padungan akan dicantikkan lagi dengan pencahayaan baharu, lampu jalanan serta lukisan mural untuk menarik ramai pelancong asing.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, perancangan tersebut sedang dilaksanakan untuk mengindahkan lagi kawasan tersebut.

Menurutnya, naik taraf tersebut akan memberi semula jiwa di Padungan.

“Selepas menyalakan lampu pada pintu gerbang, kami akan menaik taraf semua lampu jalan kerana terdapat banyak perniagaan yang beroperasi di sini dan keselamatan sememangnya dititikberatkan.

“Kita akan laksanakan secara berperingkat dan berfasa serta mengembalikan apa yang telah hilang di Padungan selama ini,” katanya kepada media, sambil menyifatkan Jalan Padungan merupakan jantung kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Acara penyalaan lampu disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Mengulas lanjut, Hong Seng berkata, lukisan mural yang pertama dijangka siap sebelum hujung tahun ini sementara lebih banyak mural akan dilukis di kawasan Padungan pada tahun hadapan.

Beliau menambah, MBKS sedang melaksanakan pelbagai perancangan untuk mengembalikan kegemilangan Padungan terutamanya di kawasan segi tiga emas bandar raya ini.

LANCAR…Kui Hian bersama Hong Seng dan ahli majlis MBKS yang lain menekan butang penyalaan lampu pintu gerbang Jalan Padungan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha