ARTIKEL

(Dari kiri) Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fua, Pengarah Urusan Bahagian Liputan Pelanggan dan Pembangunan Korporat, Affin Hwang Investment Bank Berhad; Hatini Mat Husin, Pengarah Urusan Bahagian Pasaran Hutang, Affin Hwang Investment Bank Berhad; dan Syed Mashafuddin bergambar bersama anugerah yang dimenangi.

Kejayaan Affin Islamic Bank menyinar, membawa impak positif kepada masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengiktirafan sebagai Bank Runcit Islam Terbaik di Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut mencerminkan komitmen berterusan Affin Islamic Bank Berhad dalam menawarkan penyelesaian kewangan patuh Syariah yang inklusif serta menyokong pembangunan mampan negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin, berkata anugerah tersebut menjadi bukti keupayaan bank berkenaan menyediakan produk dan perkhidmatan yang memberi impak positif kepada masyarakat serta menyokong agenda kelestarian negara.

“Pengiktirafan ini menyerlahkan dedikasi kami terhadap inovasi berasaskan pelanggan dan kelestarian. Kami berbangga menyediakan penyelesaian yang bukan sahaja memudahkan kehidupan rakyat, tetapi turut membantu membina masa depan yang lebih hijau untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kewangan Islam Triple A The Asset 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.

Kumpulan AFFIN melalui anak syarikatnya Affin Islamic Bank Berhad dan Affin Hwang Investment Bank Berhad, meraih lima anugerah berprestij, sekali gus mengukuhkan kedudukan kumpulan itu sebagai peneraju kewangan Islam dan pelaburan berteraskan kemampanan di Malaysia.

Affin Hwang Investment Bank Berhad meraih empat pengiktirafan iaitu Sukuk Pautan Kelestarian Terbaik – Kumpulan Perladangan Johor, Sukuk Wakalah bernilai RM1.3 bilion; Penawaran Awam Permulaan (IPO) Islam Terbaik – Kumpulan Perladangan Johor, Penawaran Awam Permulaan bernilai RM735 juta; Sukuk Pautan Kelestarian Terbaik – Sektor Perladangan – Kumpulan Perladangan Johor, Sukuk Wakalah bernilai RM1.3 bilion dan Sukuk Kelestarian Terbaik – Sektor Hartanah – Pelaburan Hartanah Berhad, Sukuk Murabaha bernilai RM1.4 bilion.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Affin Hwang Investment Bank Berhad, Hanif Ghulam Mohammed, pencapaian tersebut mencerminkan keupayaan bank berkenaan dalam menstrukturkan terbitan Sukuk dan IPO berimpak tinggi yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara secara mampan.

“Anugerah ini membuktikan keupayaan kami dalam merancang dan menstruktur terbitan penting seperti Sukuk Pautan Kelestarian Kumpulan Perladangan Johor dan Sukuk sulung Pelaburan Hartanah Berhad. Inisiatif ini secara langsung menyumbang kepada penciptaan pekerjaan, keselamatan makanan dan pembangunan bandar lestari,” ujarnya.

Kejayaan di Anugerah Kewangan Islam Triple A The Asset 2025 itu sekaligus memperkukuh misi AFFIN Group dalam menerajui inovasi, kelestarian dan perbankan bertanggungjawab.

Selaras dengan misinya untuk memberikan “Perkhidmatan Pelanggan Tiada Tandingan, Kepimpinan Digital dan Perbankan Bertanggungjawab yang Memberi Impak”, AFFIN Group terus komited membina ekosistem kewangan yang seimbang dan berimpak positif kepada rakyat, perniagaan serta alam sekitar.

Maklumat lanjut mengenai kempen, produk dan perkhidmatan AFFIN boleh didapati di laman sesawang rasmi www.AffinAlways.com.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha