ARTIKEL

Kejohanan bola tampar SABERKAS lahirkan bakat sukan tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kejohanan Bola Tampar SABERKAS Campuran Edisi 1 2025 sempena Karnival Sukan SABERKAS (KASUS) Cawangan Tellian berpotensi melahirkan atlet berbakat dalam sukan bola tampar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata penganjuran kejohanan seumpama itu memberi ruang dan peluang kepada bakat tempatan untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Kejohanan ini turut mewujudkan laluan pembangunan atlet bermula dari peringkat sekolah hingga ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

“Selain itu, ia juga berupaya memupuk gaya hidup sihat dengan menggalakkan penglibatan masyarakat, khususnya generasi muda, dalam aktiviti sukan.

“Melalui amalan gaya hidup sihat, masalah kesihatan dan sosial dalam kalangan masyarakat dapat dikurangkan,” katanya.

Royston menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam kejohanan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kejohanan Bola Tampar SABERKAS Campuran Edisi 1 2025 di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Royston berkata penganjuran kejohanan berkenaan mampu menjadikan Mukah sebagai antara bahagian yang aktif dalam penganjuran acara sukan bertaraf tinggi.

Katanya, pada masa sama ia berpotensi menarik minat pelabur serta penaja untuk terlibat dalam industri sukan di peringkat tempatan.
Tambah beliau, penganjuran pelbagai aktiviti sukan di Mukah juga akan merangsang pembangunan fasiliti sukan yang lebih baik dan moden bagi kegunaan jangka panjang.

Terdahulu, kejohanan tersebut dianjurkan oleh Unit SABERKAS Pasar Mukah dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Unique Mukah dan Champion Volleyball Club.

Kejohanan yang berlangsung dari 12 hingga 14 Disember itu disertai 13 pasukan dari sekitar Mukah, Meradong dan Bintulu.

Pasukan BTVC Meradong dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM800, manakala naib juara dimenangi X-One Mukah yang membawa pulang RM600.

Tempat ketiga menjadi milik MDVA Mukah dengan hadiah RM400, sementara TRS Mukah menduduki tempat keempat dan membawa pulang RM200.

Kesemua pemenang turut menerima piala dan pingat.

AKSI….Antara aksi yang ditunjukkan oleh pemain semasa kejohanan berlangsung.

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU