ARTIKEL

Kejohanan Dota 2 Serba Dinamik: 80 peserta rebut RM5,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBANYAK 80 peserta daripada 16 pasukan berentap merebut hadiah utama RM5,000 dalam Kejohanan Dota 2 Serba Dinamik Musim Pertama 2021 bermula 27 Mac lalu hingga 4 April depan.

Ketua Operasi Kumpulan Serba Dinamik Sarawak Muliawadi Imran berkata, kejohanan tersebut diadakan buat julung kali untuk tahun ini.

“Daripada 16 pasukan tersebut akan dibahagi kepada empat kumpulan. Ini bermaksud pasukan yang kalah pada pusingan pertama akan tergolong dalam pasukan terbawah kejohanan.

“Manakala, pada perlawanan akhir nanti akan menyaksikan pasukan terbaik dalam pasukan bawah dan pasukan teratas pada 4 April nanti,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Kejohanan Dota 2 Serba Dinamik Musim Pertama 2021.

Jelasnya, tujuan utama kejohanan adalah mencungkil bakat baru bagi belia di Kota Samarahan sebelum mendedahkan mereka ke peringkat global.

Tambah beliau, penaja utama kejohanan itu ialah Keris Sakti dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Sarawak (Sesa) dan Kelab Sukan Elektronik Batang Sadong.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya Malaysia Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kejohanan tersebut diharap dapat menjadi tarikan pelancong.

“Seiring dengan matlamat kita menjadikan Kota Samarahan sebagai salah satu pusat pelancongan sukan bagi golongan belia,” katanya.

Beliau juga berharap agar perasmian baru Kelab Sukan Elektronik Batang Sadong dapat merancakkan lagi aktiviti e-sukan di kawasan tersebut.

Turut hadir Setiausaha Politik Kepada Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya Malaysia (Motac) Mohammad Kamaluddin Mohamed Effendie, dan Pegawai Khas Kumpulan CEO Serba Dinamik Awang Hishamudin Awang Hashim.

Hadir sama Presiden Sesa Afiq Fadhli Narawi dan Presiden Kelab Sukan Elektronik Batang Sadong Mohd Ehsan Wahab.

CAPTION:

MULIAWADI IMRAN… Ketua Operasi Kumpulan Serba Dinamik Sarawak.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat