ARTIKEL

Presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BÁM) di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara hari ini. Turut serta Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk V. Subramaniam.

Kejohanan Dunia 2025: Harapan Final Di Bahu Beregu Utama Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yakin beregu utama negara mampu melangkah ke final Kejohanan Dunia 2025 berdasarkan ranking semasa mereka.

Beliau berkata walaupun tidak menetapkan sasaran secara rasmi, harapan tetap tinggi disandarkan kepada beregu negara memandangkan mereka berada dalam kelompok terbaik dunia.

“Sekurang-kurangnya, untuk beregu, mereka sepatutnya boleh ke final, bukan? Ini jangkaan semula jadi kalau tengok kedudukan ranking mereka.

“Jadi saya harap mereka dapat beraksi sekurang-kurangnya mengikut ranking. Itu pandangan peribadi saya kerana BAM tidak tetapkan sasaran rasmi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata tumpuan sudah pasti terarah kepada beregu lelaki kedua dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah yang turut menghuni ranking kedua dunia.

Pada Kejohanan Dunia di Paris dari 25 hingga 31 Ogos ini, Aaron-Wooi Yik akan memulakan kempen di pusingan kedua menentang sama ada Daniel Franco-Rodrigo Sanjurjo dari Sepanyol atau pasangan Scotland Christopher Grimley-Matthew Grimley selepas menerima bye pada pusingan pertama.

Pearly-Thinaah juga memperoleh bye dan akan turun ke gelanggang pada pusingan kedua berdepan sama ada pasangan Hong Kong Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan atau gandingan Switzerland Cloe Brand-Julie Franconville. — BERNAMA

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU