ARTIKEL

Abang Johari merakam gambar kenangan selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Golf Sarawak di Kuching, hari ini. FOTO: MOHD ALIF NONI

Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Piala Premier Sarawak Himpun 100 Pemain Dari 10 negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 100 pemain muda dari 10 negara bakal berentap dalam Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Piala Premier Sarawak ke-23 yang bakal berlangsung di Eastwood Valley Golf Course, Miri bermula 13 hingga 17 Julai ini.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap berkata, kejohanan berprestij ini bakal disertai pemain dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, China, Bangladesh, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Sri Lanka.

Menurutnya, piala yang semakin dikenali dalam kalangan komuniti golf antarabangsa hasil penganjuran konsisten serta sokongan berterusan daripada Kerajaan Sarawak itu merupakan batu loncatan untuk menjadi pemain profesional bertaraf antarabangsa.

“Kejohanan golf remaja ini adalah antara pertandingan paling signifikan serantau dan merupakan platform penting dalam pembangunan bakat muda di peringkat antarabangsa.

“Ia membolehkan para peserta mengumpul mata bagi sistem kedudukan golf remaja dunia. Jika berjaya muncul juara atau menduduki tempat terbaik, kedudukan dunia mereka akan meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas kunjungan hormat Persatuan Golf Sarawak ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, penganjuran kejohanan ini bukan sahaja memberi impak kepada pembangunan sukan, malah turut merancakkan sektor pelancongan sukan di Sarawak.

Sementara itu, Presiden Persatuan Golf Sarawak, Hoan Kee Hock berkata, penganjuran ini menghimpunkan pemain muda terbaik dari setiap negara dalam empat kategori iaitu A, B, C dan D melibatkan peserta berusia lapan hingga 16 tahun.

“Matlamat utama kami ialah menyediakan platform pertandingan yang tersusun bagi membangunkan bakat pemain golf muda di peringkat antarabangsa.

“Peserta yang menamatkan saingan di kedudukan teratas akan memperoleh mata atau markah yang sangat penting untuk meningkatkan kedudukan mereka di peringkat dunia.

“Mata tersebut membolehkan pemain layak menyertai kejohanan antarabangsa lain memandangkan terdapat negara yang hanya menerima penyertaan berdasarkan kedudukan tertentu dalam dunia,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU