ARTIKEL

CEMERLANG…Atlet lawan pedang Sarawak yang bersaing dalam kejohanan.

KEJOHANAN LAWAN PEDANG PIALA BORNEO 2025: Sarawak muncul juara keseluruhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kontinjen Lawan Pedang Sarawak mencipta sensasi apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Lawan Pedang Piala Borneo edisi kedua 2025.

Temasya yang bermula pada 11 Ogos dan berakhir sebentar tadi di Stadium Tertutup Sultan Hasanal Bolkiah, Brunei Darussalam menyaksikan Sarawak meraih 25 pingat kesemuanya.

Sarawak memperoleh sembilan pingat emas, tujuh pingat perak dan sembilan pingat gangsa. Sekali gus, mengatasi pencabar terdekat iaitu pasukan dari negara jiran, Singkawang (Kalimantan Barat, Indonesia) ditempat kedua dengan tujuh pingat emas, enam pingat perak dan tujuh gangsa.

Sementara itu, tuan rumah (Brunei Darussalam) sekadar berpuas hati ditempat ketiga apabila meraih dua pingat emas, empat perak dan 19 gangsa.

SENGIT…Antara sebahagian aksi atlet Sarawak.

Pasukan Sabah menduduki tempat keempat dengan satu pingat perak.

Presiden Persatuan Sukan Lawan Pedang Negei Sarawak (PSLNS), Affandi Ahmad nyata gembira dengan prestasi hebat dipamer barisan atlet terlibat dalam kejohanan itu.

“Syabas dan tahniah kepada atlet kerana berjaya memastikan Sarawak muncul juara keseluruhan pada kejohanan kali ini.

“Kita berharap mereka mampu mengekalkan momentum cemerlang ini pada masa akan datang,” jelas Affandi

Beliau melihat, pencapaian cemerlang dikecapi atlet dalam kejohanan itu mampu menjadi penanda aras terbaik untuk menghadapai kejohanan lain kelak

Kem lawan pedang Sarawak kini fokus untuk mempersiapkan atlet bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026 yang akan berlangsung di Selangor.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i