ARTIKEL

HEBAT…Nur Adawiyah bersama dengan pingat yang dimenanginya.

Kejohanan Muaythai Sekolah Dunia 1st IFMA 2026: Adawiyah Juara Kategori Amatur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jaguh Muay Thai Sarawak, Nur Adawiyah Mohd. Nazri mencipta kejutan apabila meraih gelaran juara kategori amatur remaja wanita (32kg) pada Kejohanan Muaythai Sekolah Dunia 1st IFMA 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Anak jati kelahiran Kampung Tabuan Hilir, Kuching itu cemerlang pada setiap perlawanan dilaluinya.

“Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kejayaan saya, terutama keluarga dan barisan jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar selama ini,” ujar Adawiyah kepada Arena Suara Sarawak.

HEBAT…Nur Adawiyah (tengah) bersama-sama jurulatih.

Beliau akui berdepan tekanan cukup sengit daripada pihak lawan pada setiap perlawanan dilalui.

Bintang sensasi yang bernaung di bawah Kelab Muaythai Kenyalang itu terpilih mewakili negara dalam kejohanan bertaraf dunia berdasarkan rekod cemerlang beliau semasa menyertai beberapa kejohanan tempatan sebelum ini. Selain sentiasa komited dalam sukan berkenaan.

Beliau yang juga murid dari SK Tabuan, Kuching itu pernah meraih pingat emas Kejohanan Muaythai Piala TYT 2026 kategori solo amatur wanita, selain turut berjaya memenangi pingat emas kategori berpasukan (5X5) kejohanan sama.

Adawiyah juga memenangi pingat emas dan perak Kejohanan Muaythai NAO Samarahan 2026 dalam kategori kegemarannya itu.

Justeru, kejayaan dicipta Nur Adawiyah meletakkan dirinya di kelas tersendiri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU