ARTIKEL

Kejohanan Piala Raja Thai jadi medan uji kombinasi regu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beberapa muka baharu bakal disenaraikan dalam pasukan regu sepak takraw negara yang akan menggalas cabaran negara di Kejohanan Piala Raja Thai di Hat Yai, Thailand, dari 20 hingga 27 Julai ini.

Ketua jurulatih pasukan sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun berkata, pihaknya telah menghantar senarai pemain kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

Senarai akhir dijangka dimuktamadkan selepas tamat Liga Sepak Takraw (STL) pada Ahad, dengan pemain yang terpilih bakal melapor diri untuk latihan pusat pada Isnin ini.

“Secara peribadi, pemain yang kita bawa kali ini terdiri daripada beberapa muka baharu yang diberikan peluang untuk mempamerkan prestasi sebenar mereka.

“Jadi, tiada rombakan besar yang akan dilakukan bagi kejohanan ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada edisi tahun lepas, Malaysia meraih masing-masing satu pingat emas, perak dan gangsa dalam acara berpasukan lelaki dan kuadran campuran.

Dalam pada itu, Ahmad Jais berkata, kejohanan berkenaan akan dimanfaatkan oleh barisan kejurulatihan untuk menilai kemampuan dan prestasi sebenar pemain sebelum dibawa ke Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.

Malah, beliau menyatakan bahawa kejohanan tersebut menjadi medan penting untuk mencari kombinasi regu terbaik, khususnya dalam misi menamatkan kemarau emas 34 tahun negara dalam acara regu berpasukan.— BERNAMA

BERITA LAIN

Lanesix cipta sejarah, julang Piala Tunku 2026

KUCHING: Lanesix FC dinobatkan sebagai juara Piala Tunku 2026 selepas menewaskan Holdfast FC 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Padang KDFA, semalam.

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

BERITA TERBARU

Lanesix cipta sejarah, julang Piala Tunku 2026

KUCHING: Lanesix FC dinobatkan sebagai juara Piala Tunku 2026 selepas menewaskan Holdfast FC 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Padang KDFA, semalam.